Monday, December 12, 2011

Alat-alat perkebunan dan kegunaannya.




Salam Sejahtera,

Terima kasih diatas kunjungan tuan/puan ke blog saya. Blog saya ini akan menerangkan secara ringkas tentang alat-alat perkebunan serta aktiviti perkebunan. Semoga penerangan ini dapat memberi input yang berguna kepada tuan/puan. Sebelum kita pergi kepada penerangan alatan, mari kita lihat pakaian yang sesuai untuk murid semasa aktiviti perkebunan:

Pakain murid-murid berkeperluan Khas semasa melakukan aktiviti perkebunan:-


ALAT-ALAT PERKEBUNAN

PONGKES

Pongkes adalah salah satu alat penting dalam aktiviti perkebunan. Menurut definisi dari Kamus Pelajar, pongkes adalah bakul yang digunakan sebagai alat untuk membuang sampah (rumput yang dicabut). Selain itu ianya boleh digunakan untuk mengangkat tanah.



Cangkul adalah alat yang digunakan untuk mengorek, mengali dan menimbus. Selain itu ianya juga digunakan untuk membuat batas. Manakala, Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan cangkul sebagai alat untuk mengembur atau memecahkan tanah (matanya diperbuat dari besi pipih dan diberi bertangkai. Cangkul juga boleh digunakan untuk membersihkan keliling tanaman dan mengambus pangkal tanaman.




KERI

Melalui video di atas, tuan/puan dapat lihat bagaimana cara memegang dan menggunakan Keri. Menurut Kamus Pelajar edisi kedua, Keri adalah sabit kecil untuk menebas. Keri ini amat sesuai digunakan untuk kawasan kebun yang kecil. Malah ianya amat sesuai digunakan oleh murid-murid berkeperluan Khas kerana ianya lebih ringan dan kecil berbanding cangkul.


LAIN-LAIN AKTIVITI PERKEBUNAN



Aktiviti Merumput

Merumput adalah satu aktiviti dimana kita mencabut rumput yang mula tumbuh di sekeliling tanaman. Aktiviti merumput ini amat penting untuk menjaga kesuburan tanaman kerana rumput ini akan berkongsi zat(baja dan air) dengan tanaman yang kita tanam. Oleh itu aktiviti merumput dapat membantu tanaman kita mendapat zat yang secukupnya. Untuk keselamatan murid kita mestilah mewajibkan pemakaian sarung tangan (glove). Untuk melihat aktiviti merumput sila lihat video di atas.




Aktiviti menyiram tanaman.

Aktiviti ini adalah salah satu cara kita untuk memberi sumber air kepada tanaman selain daripada air hujan. Alat yang digunakan untuk aktiviti ini dipanggil 'Tong Penyiram'. Untuk pengetahuan tuan/puan aktiviti ini amat digemari oleh murid-murid berkeperluan khas kerana murid-murid seronok dan asyik dengan aktiviti ini. Sila lihat video di atas.

Kesimpulannya, aktiviti perkebunan ini adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Dimana murid-murid dapat melakukan aktiviti pratikal dengan suasana sebenar. Malah murid-murid ini amat teruja dengan aktiviti perkebunan kerana mereka tidak diberi peluang oleh ibu bapa atau rumah mereka tiada tempat untuk berkebun dan ini memberi peluang kepada murid untuk merasai suasana berkebun.

Untuk aktiviti menguji minda, tuan/puan bolehlah muatturun
"kuiz Karnival Kemahiran Hidup 2011" diruangan muatturun.

Sebarang masalah untuk muatturun, sila email ke 'ainal82@live.com' .


Sekian.